ADVERTISEMENTspot_img

60 Imam Masjid dari seluruh Labuan raikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri.

Ustaz Mohd Zaki (enam dari kiri) dan Ustsz Mohd Suhaimi bersama para imam masjid yang hadir pada majlis tersebut

LABUAN:Seramai 60 imam Masjid dari seluruh Labuan dan Pegawai Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan meraikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang berlangsung di Masjid Jamek An-Nur, di sini baru baru ini.

Majlis yang julung kalinya diadakan itu juga bersempena meraikan penghargaan dan sumbangan Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Masjid JAWI Labuan, Ustaz Mohd. Zaki Md. Salleh yang berpindah tugas sebagai Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang di Ranau Sabah.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan, Ustaz Mohd Suhaimi Mohd Yusof.

Terdahulu Mohd Suhaimi semasa berucap pada majlis itu mengucapkan tahniah kepada Ustaz Mohd Zaki atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang Ranau Sabah.

Suhaimi berharap Mohd Zaki mampu mengalas tugas baharu yang diamanahkan itu dengan lebih cemerlang dan gemilang.

Mohd Zaki dalam ucapan balasnya menzahirkan rasa terima kasih khususnya kepada para imam yang selama ini memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan semasa berada dibawah kepimpinan beliau sebagai Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Masjid JAWI Labuan.

Beliau berharap para imam masjid di seluruh Labuan dapat meneruskan komitmen dan tugas masing-masing dengan lebih baik bagi memartabatkan institusi agama di Wilayah Persekutuan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN