31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Raikan Aidilfitri dengan semangat perpaduan dan harmoni : James Ratib

James Ratib…Raikan Aidilfitri dengan semangat perpaduan dan harmoni.

BELURAN: Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah, Datuk James Ratib mengajak seluruh umat Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sugut, Telupid dan Labuk sama-sama meraikan Aidilfitri dengan semangat perpaduan dan harmoni.

Jelasnya, walaupun perayaan itu diraikan oleh masyarakat Islam, namun semangat perpaduan dan keharmonian yang sedia terjalin antara saudara mara serta sahabat handai yang berlainan anutan agama boleh dijemput bersama meraikan Hari Raya Aidilfitri.

“Kita sedia maklum, di negeri Sabah terdapat perkahwinan campur selain memiliki keunikan tali persaudaraan antara muslim dan bukan muslim. Itulah anugerah amat bernilai yang kita miliki sehingga mewujudkan keharmonian apabila bersama dalam perayaan seumpama ini”. Jelasnya.

James berkata demikian selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama umat Islam setempat di Masjid Al-Ratib, Pekan Butition pada Rabu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut berkata, rakyat perlu mensyukuri nikmat Aidilfitri tahun ini kerana kerajaan telah memberikan beberapa kelonggaran pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) namun tidak terlalu leka.

Katanya, sewaktu berkumpul bersama sanak saudara dan kenalan, amalan mengingatkan aspek kesihatan perlu dibuat agar terhindar dari sebarang risiko jangkitan penyakit Covid-19.

“Perkara ini telah sedia maklum oleh seluruh masyarakat. Jadi kita sentiasa ingat mengingatkan sesama kita agar sentiasa menjaga kesihatan kendiri bagi mengelak sebarang jangkitan penyakit khasnya Covid-19”. Tegasnya.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat di ketiga-tiga kawasan Dun dalam Parlimen Beluran serta memohon maaf atas kelemahan dirinya dan keluarga sejak menjadi pemimpin kawasan Sugut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN