27 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Rafie Robert dilantik Pengerusi Penyelaras KDCA Keningau yang baharu.

Rafie (kiri) ketika menyampaikan watikah pelantikan kepada Haji Yazid

KENINGAU: Rafie Robert dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Keningau yang baharu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan pusat KDCA khususnya Presiden KDCA, Huguan Siou Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan kerana telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi KDCA Keningau.

Katanya, beliau akan melakukan yang terbaik untuk melonjakkan mutu pelaksanaan pelbagai aktiviti, pertandingan mahu pun program anjuran KDCA Keningau.

Pada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras KDCA Keningau kali pertama dibawa kepimpinan beliau, beliau turut mewujudkan beberapa jawatankuasa yang baharu selain mengekalkan jawatankuasa yang lama.

“Jawatankuasa yang baharu diwujudkan antaranya ialah Jawatankuasa Kraftangan, Kesusasteraan Kadazan Dusun Murut (HIIS) dan Magavau,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras KDCA Keningau, di sini pada Khamis.

Tambahnya, KDCA Keningau juga akan bakal melaksanakan pelbagai program kebudayaan dan kesenian antaranya adalah Festival Kebudayaan melalui kerjasama Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau pada tahun ini.

Pada mesyuarat ini seramai 25 ahli jawatankuasa dilantik terdiri daripada Robert Paulus sebagai Timbalan Pengerusi Penyelaras KDCA Keningau, Harry Gitik (Naib Pengerusi 1), Augustine Nain (Naib Pengerusi 2), Alex Amik (Naib Pengerusi 3/Majlis Penetua), Irene Gambulu (Naib Pengerusi 4/Majlis Wanita) Razzidin Robert (Naib Pengerusi 5/Majlis Belia), Daffri Adzahari (Setiausaha), Boneventure Harry (Penolong Setiausaha), Mohd Zaki Zakaria (Bendahari), Jayvince Jenner (Penolong Bendahari).

Sementara itu AJKnya, Daenis Joakim, Syafiee Ludi, Alffian Robert, Garrett Patrick, Melly Lajiwat, Mailen Belly, Junior Fred Vincent, Christina A Kodou, Nuar Selamat, Diana Lind, Atamah Tingadon, Albert Mark Maguring dan Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN