DATUK Mohd Rafi- Ketua UMNO Bahagian Labuan 2023-2026
LABUAN: Mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labuan (2008-2018), Datuk Mohd Rafi Datuk Ali HassanĀ menang tanpa tanding Ketua UMNO Bahagian LabuanĀ pada pemilihan parti kali ini.
Rafi yang juga Bendahari UMNO Bahagian mendapat kepercayaan daripada kepimpinan parti UMNO Bahagian Labuan selepas penyandang Ketua Bahagian parti itu, Datuk Bashir Alias memberi laluan untuk Rafi menerajui UMNO Bahagian Labuan bagi sesi 2023-2026.
Bashir yang mempunyai jiwa besar dalam memperkasakan UMNO turut menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian.
Manakala Datuk Khalid Ab. Ghani yang mencalonkan untuk jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian juga turut menang tanpa betanding .
Turut menang tanpa bertanding ialah Sahari Amdan yang mencalonkan dirinya sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Labuan sesi 2023-2026.
Sementara itu, Ketua Wanita UMNO, Hajah Niswati TarjiĀ sekali lagi mengekalkan jawatannya apabilaĀ beliau turut menang tanpa bertanding.

Turut menang bergaya Ketua Puteri yang baharu Normiyati Jumat yang mencalonkan dirinya sebagai Ketua Puteri bagi sesi 2023-2026 tidak di cabar.
Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap menyaksikan pertandingan antara Adnan Talipudin dengan mantan Ketua Cawangan UMNO Gersik Baru, Hussin Salleh.
Turut menyaksikan pertandingan dalam sesi pemilihan kali ini ialah jawatan Ketua Pemuda UMNO Labuan antara Ketua Pemuda Cawangan Ramsey, Syukur Jiprih dan Naib Ketua Pemuda Bahagian, Saifful Pungot.
Sementara itu, seramai 34 calon pula bertanding bagi merebut jawataan Ahli Jawatan Kuasa UMNO (AJK) Bahagian Labuan, manakala bagi kumpulan G7 melibatkan seramai 18 calon.
Mesyuarat dan Pemilihan Persidangan UMNO Bahagian Labuan bagi peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri bakal diadakan pada 11 Mac 2023 masing masing di Bilik Refflesia Ujana Kewangan (Pemuda) dan Desa Tunas Hijau (Wanita dan Puteri) manakala, peringkat Bahagian akan diadakan pada 18 Mac 2023 di Desa Tunas Hijau. Sungai Miri.