QISTINA bersama ibu bapanya dan Ismail (kanan).
LABUAN: Qistina Alya Sulaiman dan Fiedatul Eliya Mohd Sapriah muncul pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 SMK Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan selepas memperolehi keputusan semua A dalam SPM 2022 yang diumumkan baru-baru ini.
Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata Qistina Alya telah mendapat 10A iaitu 7A+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Sejarah, Fizik, Kimia dan Tasawwur Islam manakala 3A Bahasa Melayu, Matematik Tambahan dan Biologi.
Katanya, anak kepada pasangan Dr Sulaiman Ibrahim dan Dr Lily Suryati Alias, Qistina Alya telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran dan sentiasa menjadi pelajar terbaik semasa di sekolah.
Fiedatul Eliya pula telah mencapai 8A iaitu 4A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Tasawwur Islam, manakala 4A- dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Pendidikan Seni Visual.

BANGGA…Ismail bersama murid yang mendapat keputusan 6A ke atas dalam SPM 2022.
Fiedatul Eliya merupakan anak kepada pasangan Mohd Sapriah Asis dan Reiniah Kamis yang tinggal di Kampung Bukit Kuda WP Labuan.
Fiedatul Eliya kini sedang melanjutkan pelajaran di University College MAIWP International (UCMI) Kuala Lumpur.
Tambah Ismail, seramai 10 orang calon SPM 2022 SMK Pantai juga telah berjaya mencapai keputusan 6A ke atas iaitu Nur Afiqah Abidin (7A), Nur Batrisyia Adrina Roslan (7A), Anggun Nur Nafeesa Abdillah (7A), Muhammad Nuh Syakirin Kula (6A) dan Dk Marsya Maisarah Awang Alik (6A),
Turut mendapat 6A ialah Nur Athirah Syafiqah Izamain (6A), Muhammad Salahuddin Ayubi Rosnelizaide (6A), Nellvyna Angie Lik @ Alik (6A), Nur Deneesya Ellesya Mohd Isaac (6A) dan Nur Zahwa Abdul Hamid (6A).
Ismail berkata, SMK Pantai yang mempunyai 153 orang calon SPM telah mencapai peratus lulus 94.77% dan Gred Purata Sekolah (GPS) 4.65.
Katanya, kejayaan itu adalah berkat usaha gigih guru-guru dan murid-murid serta sokongan daripada ibu bapa.
“Saya ucapkan tahniah kepada semua calon yang memperolehi keputusan yang cemerlang pada SPM 2022.
“Sekalung penghargaan kepada semua guru yang dedikasi dan berusaha gigih memastikan calon-calon SPM 2022 mendapat bimbingan sepenuhnya.
“Terima kasih kepada PIBG dan ibu bapa yang sentiasa membantu menjayakan pelbagai program kecemerlangan akademik SMK Pantai,”kata Ismail.