31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Puteri UMNO  Labuan  taja  pakaian  raya  keluarga asnaf

CERIA …Lapan  kanak-kanak serta  nenek mereka sempat beergambar kenangan  bersama  ahli Puteri UMNO selepas selesai membeli belah.

LABUAN: Puteri UMNO Bahagian Labuan menaja kelangkapan pakaian raya kepada  lapan kanak-kanak asnaf menerusi Program Puteri UMNO Prihatin di sebuah gedung dipusat bandar pada Isnin.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Labuan, Normiyati Jumat berkata, kanak-kanak tersebut dibawa ke sebuah  gedung  untuk  memilih pakaian kelengkapan raya  mengikut cita rasa masing-masing.

Katanya, kanak-kanak ini yang berumur antara dua tahun hingga 15 tahun adalah dari satu keluarga asnaf yang tinggal bersama nenek mereka (warga emas)  di sebuah rumah di Kampung Lajau.

“Selain itu, nenek mereka juga turut    membeli dan memilih sendiri    pakaian keperluan raya”  katanya.

Selepas selesai membeli belah kesemua mereka telah dibawa menikmati makan malam di sebuah resturan di pusat bandar.

Normiyati berkata, Program  Puteri UMNO Prihatin adalah salah satu aktiviti membantu dan membela kebajikan golongan yang kurang bernasib baik selain memberi  sinar kegembiraan  buat mereka menjelang Hari Raya” katanya.

Hadir sama, Naib Ketua Puteri, Nurul Shakinah  Sairan,  Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian, Nazera Roslan, Bendahari Puteri, Nurdieya Farhana Zalina serta beberapa AJK Puteri  UMNO cawangan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN