26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Disember 2, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Puteri UMNO Labuan sumbang 500 botol  air minuman kepada pelajar KML

SUMBAGAN… Normiyatie (12 dari kiri) bersama Niswati (13 dari  kiri) menyerahkan sumbangan air minuman  kepada Mohd Mahyuddin (tujuh dari kanan) sambil diperhatikan oleh pelajar dan AJK Wanita dan Puteri UMNO  yang lain.

LABUAN: Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Labuan menghulurkan sumbangan sebanyak 500 botol air minuman   kepada pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) bagi membantu pelajar berkenaan yang terjejas akibat terputus bekalan air sejak tiga hari yang lalu.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketuanya Normiyatie Jumat kepada Pengarah KML, Mohd Mahyuddin Mohd Noordin di One Stop Centre, KML pada Sabtu.

Hadir sama dalam majlis ringkas itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hajah Niswati Tarji dan ahli ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO dan Puteri UMNO.

Terdahulu,  Normiyatie berkata sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu pelajar KML yang  mengalami kekurangan bekalan air minuman selepas kawasan KML turut terjejas  dengan gangguan bekalan air yang melanda hampir keseluruhan pulau bebas cukai ini.

“Kami berharap dengan adanya sedikit sumbangan tersebut akan dapat memberi kelegaan kepada pelajar mendapatkan air minuman  dan ia juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan pelajar untuk  terus belajar” katanya.

Sementara itu, Mohd Mahyuddin mengucapkan terima kasih kepada Pergerakan Puteri UMNO Labuan yang prihatin dengan masalah yang dihadapi pelajar  berikutan  terputusnya bekalan air di KML.

Untuk rekod, lebih 2000 pelajar KML menghadapi kesulitan yang serius berikutan  ketiadaan bekalan  air sejak tiga hari yang lalu.

Situasi itu berlaku susulan kejadian litar pintas yang telah merosakkan pam kawalan utama  fasa dua di Stesyen Pulau Enoe Rancha-Rancha pada Isnin dan hanya dapat dipulihkan sepenuhnya pada Jumaat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN