25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pusat Transfusi Darah Hospital Keningau terima sumbangan RM20,000

Robert (dua dari kiri)menyampaikan sumbangan kepada Dr Phon Kit Yin. Turut kelihatan Rafie (kanan).

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN)  Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyumbangkan RM20,000 kepada Pusat Transfusi Darah Hospital Daerah Keningau.

Sumbangan tersebut  bertujuan membeli katil untuk kegunaan penderma penderma darah.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyampaikan sumbangan itu kepada Pegawai Perubatan Unit Transfusi Hospital Daerah Keningau Dr Phon Kit Yin semasa  beliau merasmikan Kempen Derma Darah Perdana 2.0 anjuran Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Keningau sempena Sambutan Hari Derma Darah Sedunia 2022 di Tapak Pasar Malam di sini pada Sabtu.

Robert berharap dengan adanya sumbangan tersebut dapatlah pihak Unit Transfusi Darah Hospital Daerah menambah katil-katil untuk kegunaan orang awam yang menderma darah.

Katanya, sambutan orang awam terhadap kempen menderma darah di daerah ini amat menggalakkan.

“Justeru itulah sumbangan dana tersebut diberikan untuk menambah katil bagi memberi keselesaan kepasa para penderma darah” jelasnya.

Sementara  itu Dr Phon Kit Yin mengucapkan terima kasih kepada Robert atas sumbangan tersebut.

Katanya, sumbangan tersebut amat bermakna sekali kepada masyarakat khususnya para penderma yang sentiasa menyokong program derma darah di daerah ini.

Hadir sama Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Keningau Rafie Robert dan Ahli Jawatankuasanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN