26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pusat Khidmat Rakyat DUN Nabawan sampaikan sumbangan kepada petugas SJR.

SUMBANGAN… Deckson (tiga dari kanan)bersama rombongan menyampaikan sumbangan di Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan.

NABAWAN:Hari ini (18 Januari Pusat Khidmat Rakyat DUN N.46 Nabawan telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk bahan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan (frontliners)Sekatan Jalan Raya (SJR)Sook dan Sinsingon Sepulut.

Sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin itu disampaikan oleh Team Pusat Khidmat Rakyat DUN N. 46 Nabawan yang diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Nabawan Deckson Andipai.

Sumbangan yang sama turut disampaikan kepada petugas KKM di Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan.

SUMBANGAN… Deckson (tiga dari kanan)bersama rombongan menyampaikan sumbangan di Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan.

Menurut Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN N.46 Nabawan Jabat Majilon, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu dan sokongan moral kepada petugas frontliners yang bertugas 24 jam pada masa PKP ini.

Katanya, petugas frontliners masa PKP berikutan pandemik COVID-19 yang belum ada tanda-tanda akan berakhir ini perlu dibantu kerana mereka bertugas siang dan malam bahkan berpanas dan berhujan semasa menjalankan tugas.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN