29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pusat Bombon (Tagal) Ikan Kg.Marakau kini dibuka semula.

Mohd.Sharir ketika melepaskan anak ikan di Bombon Marakau diperhatikan Hamdan (berselendang) dan pengunjung yang lain.

RANAU: Pusat Bombon (Tagal) Ikan Kg.Marakau terletak kira-kira 2.5 kilometer dari pekan di sini, kini sudah mula dibuka sejak 1 Januari lalu, selepas ditutup sementara  kira-kira setahun lebih ekoran pandemik Covid-19 kini antara lokasi tumpuan pengunjung tempatan dan pelancong luar negeri.

Tagal Marakau yang telah diwujudkan sejak tahun 2004 kini menempatkan lebih 20 jenis pelbagai spesis ikan jinak serta mesra pengunjung seperti Ikan Koi, Kelah, Lampam Jawa dan Belut ada yang sampai  12 kilo berat seekor (ikan Koi).

Baru-baru ini, Pengarah  Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Mohd.Sharir Bin Abullah telah menyempurnakan  pelepasan anak-anak ikan di Bombon tersebut sebagai usaha menambahkan lagi jumlah ikan sedia ada di bombon berkenaan.

Sebahagian pengunjung berinteraksi dengan pelbagai spesis ikan jinak.

Tinjauan penulis ke pusat Bombon tersebut pagi tadi, menyaksikan ratusan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk beriteraksi sambil menabur baja ikan sebagai cara untuk memanggil ikan-ikan jinak itu datang bermesra dengan orang ramai.

Pengerusi Tagal tersebut, Hamdan Bin Zaini ketika ditemui memaklumkan para pengunjung hanya perlu membeli Baja makanan Ikan  (RM1) sebungkus, tiket masuk berharga RM5 seorang dewasa dan RM3 ringgit bagi seorang kanak-kanak tempatan manakala RM10 seorang dewasa dan RM5 seorang kanak-kanak bagi pelawat dari luar negeri.

“Bombon ini dibuka kepada pengunjung sepanjang minggu (Isnin-Ahad) kecuali berlaku banjir sungai Mansahaban lokasi togal ini”,jelas Hamdan.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN