32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PUSAKA hulur sumbangan kepada ahlinya sempena Krismas

SUMBANGAN…Pengerusi PUSAKA Welly @ Sinawat Antakah (kanan) menyampaikan sumbangan makanan kepada salah seorang ahli di Sandakan.

NABAWAN:Persatuan Keluarga Keturunan Pahlawan Ontoros @ Antenom (PUSAKA)menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada ahli-ahlinya yang tidak berpendapatan tetap sempena sambutan hari Krismas pada tahun ini.

Pengerusi PUSAKA Welly @ Sinawat Antakah berkata, sumbangan itu disampaikan melalui tujuh jurusan keluarga Pahlawan Ontoros @ Antenom yang  terdiri dari Jurusan Aru Sunggulan,Jurusan Aru Bait, Jurusan Aru Bayur,Jurusan Aru Lantahon, Jurusan Aru Apoi,Jurusan Aru Rikut dan Jurusan Aru Alip.

Pengerusi Biro Kebajikan PUSAKA Monica Damung menyampaikan bakul makanan kepada pasangan warga emas di Sipitang.

Katanya, bakul makanan itu disediakan oleh jurusan masing-masing dan disampaikan oleh ketua jurusan kepada keluarga (ahli)sasaran yang telah dikenal pasti.

“Aktiviti tersebut adalah salah satu daripada aktiviti PUSAKA yang telah dirancang sebelum ini. Walau bagaimanapun beberapa aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan negara Malaysia tidak terkecuali sehingga hari ini” katan Welly ketika dihubungi kelmarin.

Ketua Jurusan Aru Apoi PUSAKA Lumambai Antawor menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima di Kg. Salarom Baru Nabawan. Turut kelihatan Timbalan Pengerusi PUSAKA Gani Ansiyung.

Beliau berharap lebih banyak aktiviti yang dapat dijalankan oleh PUSAKA sekiranya rantaian pandemik COVID-19 putus kelak.

Menurut Welly, selain ahli PUSAKA yang ada di Sabah, sumbangan juga turut disalurkan kepada ahli  Jurusan masing-masing yang bermastautin di daerah kecil Merapok, Lawas di Sarawak.

Ahli-ahli PUSAKA kini terdapat di beberapa daerah di Sabah, Merapok Lawas, Limbang, Miri dan Kuching di Sarawak,serta di Wilayah Persekutuan Labuan,Semenanjung Malaysia dan negara Brunei Darulsalam. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN