JUARA Satu… kumpulan PSSCHG Labuan B bersama hadiah yang dimenangi.
LABUAN: Persatuan Seni Silat Cengkam Harimau Ghaib (PSSCHG) Labuan B muncul Juara Satu keseluruhan Kejohanan Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo 2024.
Kejohanan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan itu menyaksikan PSSCHG Labuan B mengutip 14 Emas, 17 Perak dan 24 gangsa untuk membawa pulang sebuah Piala rebutan dan Piala iringan serta Wang tunai RM3,000.
Juara Dua, dimenangi Persatuan Silat Tempura Warisan Pak Salam Dari Nabawan Sabah selepas mengutip 8 Emas, 9 Perak dan 9 gangsa membawa pulang hadiah berupa Piala dan Wang tunai RM2,000.
Manakala Juara 3 dimenangi oleh PSSCHG GTA One dari PSSCHG Tanjung Aru dengan kutipan 8 Emas, 3 perak dan 12 gangsa untuk menerima hadiah Wang tunai RM1,000.

JUARA Dua….bersama hadiah yang dimenangi.
Kejohanan tiga hari yang berakhir pada Ahad lalu telah disertai 23 pasukan melibatkan 700 peserta Dari Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam dan Labuan.
Sebanyak 17 kategori telah dipertandingkan termasuk SUKMA (17-21tahun), Remaja ( 15-16 tahun), Pra Remaja (13-14 tahun), Dini (10-11 Tahun), Pra Dini (9-10 Tahun) dan Tunas Harapan (7-8 Tahun).
Kejohanan julung Kali diadakan itu dianjurkan oleh Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA), Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan Labuan.
Majlis Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Di Pertua PESAKA Labuan, Mohamad Khairul Abd. Ghani.