33 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Proton Road Show di Ranau,19-21 Nov ini

RANAU: Melinau Auto Sdn Bhd, Inanam Kota Kinabalu akan mengadakan ‘Proton Road Show’ di kawasan lapang depan KFC pekan Ranau pada 19 November hingga 21 November bermula 10.00 pagi hingga 4.00 petang, akan rasmikan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.

Datuk Jimmy Tham

Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, mewakili Jawatankuasa penganjur, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong menyeru orang ramai supaya datang menyaksikan pameran yang julungkali diadakan itu bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat memiliki (membeli) kereta baharu dengan harga yang berpatutan.

Menurut Datuk Jimmy, antara jenis kereta Proton yang dipamerkan ialah, Saga Intelligen, Persona, Iriz dan banyak lagi dengan harga mampu milik.

“Kita mengajak orang ramai untuk datang menyaksikan pameran yang julungkali diadakan di Ranau bagi memberi peluang kepada mereka yang meminati untuk memiliki (membeli) kereta Proton keluaran terbaru”, jelas Datuk Jimmy.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN