27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Prorgam Akademi Bola Sepak, 12 buah sekolah rendah menerima jersi dan bola.

Rafie (tiga dari kiri)menyampaikan jersi dan bola sepak kepada SK Apin-Apin salah sebuah sekolah yang terpilih dalam Program Akademi Bola Sepak Bawah 12 tahun.

KENINGAU: Sebanyak 12 buah sekolah rendah yang terpilih pada Program Akademi Bola Sepak Bawah 12 tahun Keningau FA telah menerima jersi dan bola yang disampaikan pada Isnin dan Selasa di Keningau.

Presiden Keningau FA, Rafie Robert ketika menyampaikan sumbangan tersebut berkata, usaha ini adalah sebagai mencari, mengasah bakat dan memberi pendedahan kepada kanak-kanak dari peringkat awal lagi iaitu sejak bawah 12 tahun dalam bidang sukan bola sepak.

“Saya mengharapkan pihak sekolah yang terpilih dapat memberi komitmen terhadap program ini dan seterusnya dapat mencukil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak ini.

“Terima kasih juga kepada pihak pengurusan sekolah yang terlibat kerana telah menerima tawaran daripada kami Keningau FA, semoga dengan kerjasama ini dapat melahirkan bakat-bakat baharu dalam arena sukan bola sepak ini pada masa akan datang,” jelasnya ketika dihubungi pemberita di Keningau.

Katanya, sekolah-sekolah yang terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan Apin-Apin, SK. St. James Apin-Apin, SK. Kepayan Apin-Apin, SK. Bingkor, SK. Jaya Baru, SK. Pasir Putih, SK. Keningau, SK. Tuarid Taud, SK. Pekan, SK. Luagan dan SK. Banjar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN