ADVERTISEMENTspot_img

Projek Naik Taraf Jalan Perancangan Takutan–Nalumad Ranau Ditender Mac 2026

RANAU: Projek menaiktaraf jalan raya Perancangan Takutan-Nalumad Ranau akan melalui proses tender terbuka pra kelayakan pada bulan Mac 2026, kata Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.


Beliau memberitahu, projek menaiktaraf jalan tersebut telah diluluskan pada tahun 2024 dengan kos RM103.4 juta di mana skop projek melibatkan kerja menaik taraf jalan sepanjang 7.7km mengikut spesifikasi JKR R2 dan pembinaan sebuah jambatan.


Menurutnya, Agensi pelaksana projek ini adalah JKR Sabah dan dilaksanakan secara Reka dan Bina.


Apabila siap, katanya, pelaksanaan projek ini akan memberi manfaat kepada empat perkampungan iaitu Kg Perancangan, Togis, Takutan dan Nalumad melibatkan seramai lebih kurang 1,200 orang penduduk.


“Projek ini telah selesai menjalani sesi Makmal Pengurusan Nilai (VM) dan akan ditender secara tender terbuka pra kelayakan (reka dan bina) pada Mac 2026,” kata beliau.


Makluman tentang projek berkenaan diberikan dalam Dewan Rakyat semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas Tahun 2026 pada hari Selasa.


Dalam mesyuarat tersebut, Jonathan meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah langkah-langkah segera yang akan dibuat Kementerian untuk merealisasikan naik taraf jalan berturap di kawasan jalan tersebut.


Tambah beliau, jalan Perancangan-Takutan-Nalumad-Dantayon yang sudah dijanjikan untuk ditender sehingga kini belum ditender. Pembinaan segera naik taraf jalan ini akan melegakan ramai pihak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN