Mohd Rafi (berdiri barisan belakang tiga dari kiri) bersama kepimpinan UMNO Bahagian ketika menyampaikan sumbangan kerusi roda elektrik kepada Nasib.
LABUAN: Ahli Majlis Tertinggi UMNO (AMT), Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata Program Ziarah Kasih Ramadan anjuran UMNO Bahagian Labuan merupakan salah satu ibadah kepada rakyat yang berteraskan kebajikan dan kasih sayang.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata program tersebut salah satu usaha UMNO Bahagian Labuan mendekati rakyat khususnya golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.
“Semangat programini ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan hubungan pemimpin dengan masyarakat tetapi juga membawa keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
“Sedekah jariah adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam dan inisiatif UMNO Bahagian Labuan untuk terus berbakti dan membantu rakyat dalam bulan Ramadan”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ringkas penyampaian kerusi roda elektrik kepada salah seorang Orang Kurang Kelainan (OKU), Nasib Haji Hassan di Kampung Bukit Kuda baru baru ini.
Mohd Rafi berkata program Kasih Ramadan UMNO Bahagian Labuan yang dilaksanakan setiap hujung minggu melibatkan lebih 300 penerima.
Setiap penerima akan menerima kit makanan keperluan asas dan wang tunai sumbangan UMNO Bahagian Labuan.