27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program ‘Walkabout ‘ Jualan Keluarga Malaysia’ Parlimen Ranau dapat sambutan  menggalakan

Datuk Jonathan bersama tetamu yang lain memerhati antara sayuran segar yang dijual sempena program itu.

RANAU: Program ‘Walkabout ‘ sempena Jualan Keluarga Malaysia’ peringkat Parlimen Ranau di perkarangan Hap Seng  Wholesale  Mart Pekan di sini mendapat sambutan  menggalakkan daripada orang ramai.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin ketika ditemui sempena program itu menjelaskan, program tersebut merupakan antara inisiatif kerajaan bagi meringankan beban pengguna berkitan dengan kenaikan harga barangan di pasaran.

Menurutnya, ketika program ini dilaksanakan beberapa barangan keperluan harian dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan dipasaran.

GIMIK…Datuk Jonathan (tengah) bersama Saripuddin (kiri) dan Syahrin (dua kanan) memerhati senerai barangan keperluan harian yang terlibat dengan penurunan harga yang dijual di Hap Seng Wholsale Mart pekan Ranau.

Datuk Jonathan memuji Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana berjaya mengendalikan program tersebut yang difikirkan antara aktiviti kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terpaksa menanggung kos  kenaikan harga barangan keperluan harian yang agak tinggi.

Menurutnya, kerajaan akan terus berusaha dalam memastikan kenaikan harga barangan keperluan harian tidak membebankan rakyat.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau turut berterima kasih dan memuji pihak pemilik Hap Seng pekan Ranau kerana berganding bahu demgan KPDNKK menjayakan program Walkabout itu dengan menurunkan harga lebih 30 jenis barangan terpilih dengan menawarkan harga  sehingga 50 peratus  daripada harga biasa.

Para penjaja sayuran  segar dan keperluan harian yang lain juga turut menawarkan harga lebih murah dalam tempuh dua hari program itu diadakan (18-19 Disember).

Hadiri sama pada program tersebut ialah, Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir dan Ketua Cawangan KPDNKK Tuaran Sabah, Saripuddin Moleng.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN