30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PROGRAM USR UCSF DI KG. TIMPANGOH BABAGON

Dr Rafiq (enam dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi JPKK Kg.Timpangoh Babagon, Encik Kasim Gisi padaProgram University Social Responsibility (USR) UCSF.

PENAMPANG: Program University Social Responsibility (USR) University College Sabah Foundation (UCSF) membuka tirai tahun 2024 dengan mengadakan kunjungan ke Kampung Timpangoh Babagon.

Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris mengetuai sendiri kunjungan ke kampung itu dengan disertai oleh Pegawai Hal Ehwal Libat Sama Komuniti, Puan Sharmimiee, Puan Norashiqin dan Encik Moro.

Kunjungan UCSF disambut mesra oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung itu,
Encik Kasim Gisi bersama penduduk kampung.

Dalam kunjungan itu, Dr Rafiq Idris banyak berkongsi mengenai peluang pendidikan yang disediakan oleh UCSF dan kesediaan universiti itu dalam membantu komuniti melalui program-program yang dijalankan di UCSF dan hal-hal yang berkait pendidikan.

Beliau juga menegaskan bahawa UCSF sangat prihatin dalam hal berkaitan pembangunan pendidikan di Sabah dan akan terus mencari peluang bagi meningkatkan kesedaran pendidikan dan berkongsi peluang pendidikan serta pembiayaan pendidikan kepada masyarakat di Sabah khususnya melalui UCSF.

Sementara itu, Puan Sharmimiee menjelaskan bahawa UCSF berusaha mendekati seluruh lapisan masyarakat, terutama dalam hal berkaitan pendidikan.

“UCSF konsisten dalam melakukan program USR ini bagi mendekati masyarakat di Sabah khususnya, untuk berkongsi peluang pendidikan dan bantuan pendidikan yang ada di Sabah khususnya di UCSF”, tegasnya.

Sementara itu, Encik Kasim yang berbesar hati menyambut kunjungan UCSF, berhasrat untuk mengadakan kunjungan balas ke UCSF.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN