27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program TCRF Keningau dilaksanakan sejak tahun 2015.

Jeffrey (tengah diapit Robert (kanan) dan Rafie (kiri) semasa melakukan gimik perasmian festival itu.

KENINGAU: The Crocker Range Festival (TCRF) merupakan salah satu program tahunan Daerah Keningau yang telah dilaksanakan sejak tahun 2015.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, Festival yang berkonsepkan karnival ini berlangsung selama tiga hari dan dua malam yang melibatkan pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan, swasta dan juga penglibatan beberapa persatuan “Non Goverment Organization” (NGO).

Katanya, program ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung daripada luar daerah berkunjung ke daerah ini.

Disamping itu katanya, penganjuran festival ini merupakan salah satu inisiatif bagi membangun semula ekonomi pelbagai sektor di daerah ini, terutamanya kepada pengusaha sederhana kecil yang mengalami kejatuhan ekonomi dan terjejas teruk sepanjang dua tahun lalu disebabkan oleh wabak Covid-19 yang telah melanda dunia pada tahun 2020.

“Selain itu penganjuran festival ini juga bertujuan memberi peluang kepada pengusaha baru seperti penjual kraftangan, makanan dan minuman, produk tempatan dan pelbagai lagi untuk membuat jualan secara terbuka kepada pengunjung-pengunjung ke daerah ini” katanya semasa berucap merasmikan The Crocker Range Festival Season 7 tahun 2024 di Dataran Keningau pada Sabtu.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata, jika dilihat pada penganjuran yang lalu, kehadiran pengunjung dari dalam dan luar daerah dianggarkan lebih daripada 10,000 orang sepanjang program berlangsung.

“Jika penganjuran pada kali ini juga mencapai sasaran pengunjung seperti pada penganjuran yang, sudah pastinya ianya akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi daerah dan semua pihak yang terlibat” jelasnya.

Pelbagai program diadakan sempena festival ini, antaranya pertandingan manangon, pertandingan membuat kraftangan, pertandingan rampaian tradisional Melayu, Street Magic, tarian etnik kreatif Sabah, bengkel alat-alat muzik tradisional Sabah dan perarakan dan persembahan etnik budaya Sabah.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik, Pegawai Daerah Keningau Peter Jonu Moinjil, Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebun Keningau selaku pengerusi penganjur, Ceo My Car Datuk Noor Sheena,ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN