Howard (tengah) bersama Harun ( empat Dari kiri) Dan Nur Hidayah (kanan sekali) memacak Bendera Wilayah Persekutuan di hadapan balai raya simbolik perasmian program SenergiLABUANfm .
LABUAN: Program Senergi LABUANfm: Kibaran WilayahKu anjuran LABUANfm, Jabatan Penyiaran dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADKK) Labuan dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Tg Aru bertujuan mampu memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan yang lebih utuh dikalangan warga Labuan.
Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Wilayah Persekutuan Labuan, Horward Kim Sung @ Conelius berkata, program itu juga bertepatan dengan peranan Jabatan Penyiaran melalui LABUANfm dan RTM untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar serta hasrat kerajaan kepada komuniti.
“Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mendekatkan pendengar LABUANfm dan RTM secara amnya” katanya ketika berucap merasmikan Penutupan Program Senergi LABUANfm: Kibar WilayahKu di balai raya Kampung Tanjung Aru baru baru ini.
Hadir sama, Pegawai AADK Labuan, Nur Hidaysh Hadnan, Ketua Kampung Tanjung Aru, Haji Harun Damit dan Penerbit Program Senergi LABUANfm, Farah Erddyiannah Mokti.
Sementara itu, pengisian program yang turut disokong oleh penduduk kampung Tanjung Aru antaranya aktiviti nengindahkan kecantikan kampung yang melibatkan rumah pembuat gasing Tradisional, Pungut @ Azman Matali serta bergotong royong memasang bendera Wilayah Persekutuan di beberapa simpang jalan dan bergotong royong menghias bangunan balai raya Tanjung Aru dengan bendera Wilayah Persekutuan.
Howard berharap program tersebut dapat memberi manfaat kepada penduduk Tanjung Aru.



