31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Pro-CoC, CPD pemangkin kepada warga pendidik

Para peserta dan penceramah merakam gambar bersama Rohana (duduk depan tengah).

PITAS: Program Profesional Coaching Of  Coaches (Pro-CoC) Continuos Profesional  Development (CPD) yang diadakan di R&R Dataran Bangkoka di sini baru-baru ini, menjadi pemangkin kepada warga pendidik untuk mentransformasi Usaha  pemantapan konpentensi guru dalam pelaksanaan Pentaksiran  Dalam Bilik Darjah (PBD).

Guru Besar SK.Pitas,  Rohana Binti Aling  ketika berucap merasmikan program itu, merakam penghargaan dan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa pelaksana program tersebut khususnya kepada para penceramah.

Menurut Rohana, program yang julungkali diadakan itu diharapkan menjadi satu ‘Pencetus Inspirasi dan Peningkatan Profisionalisme semangat para pendidik khusus di daerah Pitas.

Sementara itu Pengarah Program, Cikgu  Ruhanah Binti Omboyoh, ketika ditemui, memaklumkan program itu telah dirancang dan dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama daripada semua guru  SK.Pitas.

Menurutnya antara Slot Ceramah yang dibentangkan termasuklah, ‘Continous Professional Development (CPD-PBD) disampaikan oleh Pegawai Cemerlang SIC+PPD) Interaktif PPD Kota Marudu, Dr.Mohd. Azizuan Bin Abdullah disusuli ‘Continous Profesional  Development  (CPD-Rubrik PBD)’ disampaikan  Pegawai  Cemerlang SISC + PPD Pitas, Carmella Sukim.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN