27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Prihatin KPMKR di Kg.Tungou berjalan  lancar

Salah seorang Warga Emas menerima sumbangan Bakul Makanan (tengah) disampaikan Mona Aspinah diperhatikan Abdul Himad.

RANAU: Program Prihatin Kementerian Pembangunan  Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Daerah di Dewan Mini Kg.Tungou Ranau pada Sabtu telah berjalan  lancar dan teratur.

Sempena program itu seramai 50  Ketua Isi Rumah (KIR) termasuk Ibu Tunggal, Bapa Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Warga Emas telah menerima sumbangan berupa Bakul Makanan.

Penolong Setiausaha Kesejahteraan Keluarga dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Siti Mona Aspinah Binti Amir dalam ucapannya, menjelaskan menerusi  program itu dapat mengumpul info soalselidik  berkaitan dengan golongan sasar penerima bantuan bakul makanan.

“Ia juga merupakan satu tanggungjawab sosial (CSR) bantuan daripada  Kementerian”, jelasnya.

Menurutnya, Kg.Tungou telah dipilih untuk melaksanakan program itu tahun ini,  berdasarkan pelbagai latarbelakang dari segi demografi, pekerjaan dan sosial.

Hadir sama pada program yang julungkali diadakan itu di Ranau ialah, Pegawai Kebajikan Daerah Ranau, Abdul Himad Bin Abdul.Hamid, Saisah@Nurul Jannah Binti Naim dan Muhd.Afif Farhan Bin Mizan.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN