Ivy ( berdiri empat kiri) dan Tati Charlene merakam gambar bersama Jawatankuasa pelaksana program.
RANAU: Program ‘Pogirot Sunduan’ anjuran Ahli Dewan Belia Sabah mampu memupuk perpaduan dan keharmonian dikalangan penduduk setempat.
Program itu berjalan lancar dan teratur dengan kerjasama Unduk Ngadau (UN) Ranau 2024 bersama Gabungan Belia Ranau, Skuad AADK Ranau dan Kelab Belia Kg.Muhibah Ranau.
Menerusi program itu sebanyak 400 bungkus ‘Linopot’ telah diagih-agihkan kepada orang ramai di Pasar Terbuka pekan Ranau selain para staf bangunan Urusetia daerah Ranau.
Pengerusi UN Ranau 2024, Ivy Joseph Suimin memberitahu, program itu sebagai memperkenalkan makanan tradisi ‘Linopot’ kepada orang ramai selain menyemarakkan kerjasama, hormat-menghormati serta memupuk nilai-nilai positif dikalangan anak muda.
Menurut Ivy, ia juga menyemai kesedaran dan rasa cinta untuk memelihara budaya tradisi yang warisi.
Program itu bertambah meriah dengan kehadiran Unduk Ngadau Ranau 2024, Tati Charlene Lyra Roger.
“Program seumpama ini akan kita teruskan pada masa akan datang dengan harapan mendapat sokongan serta kerjasama daripada pelbagai agensi”,tambah Ivy.