33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Munajat SMK Taman Perumahan Bedaun dapat sambutan baik ibubapa

PROGRAM MUNAJAT SMKTPB

LABUAN: Program Munajat Warga Pendidik SMK Taman Bedaun yang dianjurkan oleh SMK Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB) dengan kolaborasi Jabatan Pendidikan Labuan mendapat sambutan daripada ibubapa pelajar.

Program yang diadakan  secara dalam talian  pada Khamis melalui ā€œGoogle Meetā€ bersama-sama dengan ibu bapa, guru-guru serta pegawai dari Jabatan Pendidikan WP Labuan bertujuan untuk mendoakan kesihatan dan keselamatan warga sekolah  serta keluarga agar terhindar daripada  musibah wabak COVID 19.

Pengetua SMKTPB, En. Ag. RozlanĀ  Manan berkata Ā selain itu ia juga bertujuan untuk mendoakan agar murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SPM dapat berada di sekolah dalam keadaan selamatĀ  dan belajar dengan tenang, seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM nanti.

BERUCAP… Maimoon ketika berucap dalam talianĀ  dalam program Munajat SMKTPB pada Khamis.

ā€œAntara pengisian yang dijalankan selepas solat Maghrib yang diadakan  di rumah masing masing dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan diikuti bacaan doa secara dalam talianā€ katanya di sini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendudukan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan,  Maimoon Matnoh yang turut sama menjayakan program itu dalam  ucapannya  berharap  kepada pelajar Tingkatan 5  yang menduduki peperiksaan SPM 2020, dapat meneruskan usaha sebaik mungkin untulk mencapai kejayaan yang cemerlang  kerana mereka  merupakan calon SPM yang istimewa kerana  diberikan masa yang cukup panjang untuk belajar serta mengulang kaji pelajaran akibat pandemik Covid-19.

Selain itu, Maimoon turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak untuk menghadapi situasi yang sukar susulam pendamik COVID 19.

Beliau turut menzahirkan  keyakinan  terhadap kemampuan murid, keupayaan guru dan sokongan ibu bapa kepada calon SPM  untuk mengulangi pencapaian 100% lulus SPM seperti tahun sebelumnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN