26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Mini Mobile Outreach Team PPV Bingkor berjaya capai matlamat

Dr. Ganesh(berdiri tiga dari kanan)bersama teamnya bergambar bersama penduduk yang telah menerima suntikan vaksin CanSino.

KENINGAU:Program Mini Mobile Outreach Team Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bingkor berjaya capai matlamat menjejaki golongan sasar di beberapa buah kampung termasuk rumah kediaman pekerja Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS di kawasan Bingkor.

Team itu diketuai oleh Pegawai Perubatan Klinik Pekan Bingkor  Dr. Ganesh Kumar, Pegawai Farmasi En. Neo Shi Hao,dibantu oleh dua ahli NGO LIONS GROUP Keningau, Pengerusi JPKK Kampung Kumawanan  Baru Puan Jamilah Bianus merangkap sukarelawan vaksinasi Bingkor dan  ,dua sukarelawan vaksinasi Kesihatan dan diiringi oleh dua anggota Rela.

Dr. Ganesh memberi suntikan vaksin CanSino kepada Puan Anggom.

Program Outreach masuk ke kampung-kampung sasaran untuk memberikan suntikan vaksin jenis CanSino kepada  penduduk kampung yang belum menerima  suntikan vaksin.

Menurut Puan Jamilah, Program ini sangat berkesan dan menarik minat penduduk kampung untuk mereka lebih yakin tentang suntikan vaksin percuma ini untuk mencapai imuniti kolompok dan melandaikan graf harian  covid19.

Katanya, kampung-kampung yang dilawati adalah Kampung Kamansi, Lipasu, rumah-rumah pekerja buruh Lembaga  Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) di Kampung Kandang Besar, Berungis Baru.

“Program turut melibatkan Kampung Kuangoh dan lawatan ke rumah-rumah khas kepada mereka yang tidak mampu datang ke pusat PPV Bingkor kerana masalah kesihatan dan Uzur” jelasnya.

Dr. Ganesh menyuntik vaksin kepada salah seorang penduduk.

Turut serta dalam program ini ialah pemimpin-pemimpin kampung iaitu KK Anggoi Siman Ketua Kampung Kuangoh KK Esit Awis Ketua Kampung Berunggis Baru, JPKK Kampung Lipasu/Kamansi Salis Pungit dan Jaiki Bundoi Ketua Pelatun Rela Kampung Berunggis Baru.

Dalam program ini juga para petugas PPV Bingkor yang diketuai oleh Dr. Ganesh Kumar turut gembira kerana dapat bersemuka terus kepada penduduk kampung yang terlibat dan memberi taklimat tentang keperluan vaksin covid19. 

Dalam program Outreach itu terdapat tiga orang warga Emas iaitu Puan Anggom Binti Tampaa 83, Puan Pendiwa Gumbasal 81 dan Puan Siam Guntayam 75.

Selain itu empat Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu  Yong Gon Hon 59,  Ogho @ Gimbod Hassan 55, Yong Gon Yek @ Tandud 51, dan Cik Maryciana Sapil 35 yang mendapat suntikan vaksin jenis CanSino.

Program ini mendapat sokongan dan kerjassma daripada Wakil Rakyat N.40 Bingkor merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN