Rombongan Penolong Pegawai Perhubungan pejabat Parlimen Ranau merakam gambar bersama Dr.Qutrun (empat kanan) dan para jururawat petugas
RANAU : Program Minggu Promosi Kesihatan Malaysia peringkat Daerah, yang diadakan di Tingkat 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Ranau, pada Rabu mendapat sambutan dan kehadiran menggalakkan daripada penduduk setempat termasuk para kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.
Antara pengisian yang diadakan sempena program itu yang bermula 8.00 pagi dan berakhir 1.00 petang ialah, Menderma Darah (dapat 9 Paint darah), Pameran, Pemeriksaan dan rawatan Gigi secara percuma.
Pegawai Pergigian Kesihatan Hospital Ranau, selaku Pengerusi Jawatankuasa pelaksana program itu, Dr.Qutrunndana Dawina Binti Drs.Mahanin ketika ditemu, merakam penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai khususnya para pendema darah kerana membantu menjayakan program tersebut sebagai menyahut seruan kerajaan memberi kesedaran kepada umum terhadap kepentingan menderma darah untuk keperluan para pesakit di sesebuah hospital.
Menurutnya, kajian yang dijalankan pada tahun 2010 sebanyak 98.3 peratus dewasa Rakyat Malaysia memerlukan rawatan pergigian.
“Justeru, kesedaran terhadap kesihatan gigi adalah wajar dan perlu diamalkan bermula sejak usia muda”, jelas Dr.Qutrun.
Beliau juga merakamkan terima atas kehadiran para Penolong Pegawai Perhubungan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau yang turut menderma satu paint darah.