26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Mengoptimumkan Penggunaan Tanah Terbiar merupakan inisiatif kerajaan tingkatkan hasil produk agromakanan: Jifrin

Jifrin (tengah) meneliti pelan Pemulihan Sawah Padi Terbiar di Kampung Tulid, Kampung Kindasan dan Kampung Pauh.

SOOK: Program Mengoptimumkan Penggunaan Tanah Terbiar dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah di bawah Program Keterjaminan Makanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tahun 2024 merupakan inisiatif kerajaan bertujuan membangun dan mengoptimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan lagi hasil produk agromakanan negara.

Pengarah Pertanian Sabah, Tuan Jifrin Hj. Mohamad berkata, melalui program ini sebanyak RM33.5 juta disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi melaksanakan tujuh buah projek yang akan dilaksana dan diselia oleh Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) melalui Jabatan Pertanian Negeri Sabah (DOA Sabah) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah (DVS Sabah).

Katanya, pada ketika ini, Jabatan Pertanian Negeri Sabah sedang menyelia pelaksanaan lima daripada tujuh buah projek melibatkan pemulihan sawah padi terbiar di daerah Sook, Tuaran dan Papar.

“Peruntukan tersebut juga membabitkan pembiayaan pembinaan mini kilang kopi di daerah Nabawan dan pembangunan tanaman kontan (Keladi Cina) di daerah Sook” katanya selepas meninjau pelaksanaan dan perkembangan projek-projek berkenaan pada Sabtu.

Jifrin membertahu, bagi Projek Pemulihan Sawah Padi Terbiar di Kampung Tulid, Kampung Kindasan dan Kampung Pauh di daerah Sook yang mana majlis pecah tanah projek tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup, pada 7 September lepas kini telah mencapai 86.49 hektar bagi kerja pembersihan kawasan setakat ini.

“Selain itu, bacaan grid awal, pembuatan batas (permatang/sibor) dan pembinaan kotak kawalan air juga telah dilaksanakan” jelasnya.

Manakala bagi Projek Pembangunan Tanaman Kontan (Keladi Cina) juga di daerah Sook dengan keluasan 20 hektar bertepatan dengan potensi daerah Sook sebagai pengeluar utama Keladi Cina sedang dalam pelaksanaan.

Jifrin berkata, melalui projek ini, bantuan secara pakej disediakan merangkumi pembersihan kawasan,  bahan tanaman, baja, peralatan ladang termasuk kursus dan latihan.

Bagi daerah Nabawan, projek pembinaan mini kilang kopi atau Sepulut Coffeelive melibatkan pembinaan mini kilang kopi (coffee house), cafe dan sistem air graviti berteknologi hijau.

Katanya, setakat ini, kerja-kerja pemasangan footing mini kilang kopi sedang dilaksanakan. 

Jelasnya lagi, projek ini merupakan inisiatif Jabatan Pertanian Sabah untuk menambah nilai hasil kopi khususnya di daerah Nabawan.

Dalam lawatan dan pemantauan pencapian projek di lapangan ketiga-tiga lokasi porjek berkenaan, Pengarah Pertanian Sabah, Tuan Jifrin Hj. Mohamad beserta diiringi oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Pertanian Sabah serta pegawai dan kakitangan pejabat pertanian daerah yang terlibat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN