31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Keselamatan Komuniti ‘Jom Ronda’ anjuran SRS amat penting dan positif.

OLEH: SALWAH ARAMAT
Admin: Johnny Gampawi

RANAU : Program Keselamatan Komuniti ‘Jom Ronda’ Skim Rondaan Sukarela (SRS) merangsang komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT).


Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ranau, Benedict Gunda berkata, program itu juga meningkatkan semangat kejiranan yang perlu dipupuk penduduk setempat sebagai langkah positif menggalakkan masyarakat agar bersama-sama menjaga keselamatan dan keharmonian berterusan.

Katanya, KRT punyai fungsi serta kerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan seperti Polis, Rela, AADK serta penduduk setempat punyai tanggungjawab sosial serta peranan bagi memupuk semangat kejiranan agar terus berkekalan berada dalam keadaan yang harmoni.


“Pihak pejabat Parlimen Ranau, sentiasa bersedia bekerjasama dalam segi apa sahaja demi kebaikan masyarakat setempat”, jelas Benedict ketika berucap melancarkan Program Keselamatan Komuniti ‘Jom Ronda’ peringkat daerah Ranau dan Kundasang di Taman Saujana Kinabalu terletak kira-kira 2 kilometer dari pekan di sini baru-baru ini.


Benedict mengharapkan kepada penduduk supaya sentiasa memberi kerjasama dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan KRT termasuk program Skim Rondaan Sukarela.


Berucap sama ialah, Pegawai Perpaduan Daerah Ranau, Mohd.Fadzil Bin Sulaiman sementara memberi taklimat tentang program itu ialah Ketua Bahagian Pencegahan dan Keselamatann Komuniti daerah dari IPD Ranau, ASP. Mohd. Affendi Bin Che Yuk dihadiri lebih 100 ahli KRT kawasan Ranau dan Kundasang.


Mengakhiri program itu ialah Rondaan dan Ziarah Kasih Warga RT yang disertai Benedict dan SRS serta PDRM ke rumah kediaman tiga orang Warga Emas dan OKU sekitar pelancaran.


Sementara antara aktiviti yang dijalankan penduduk bersama KRT sehari sebelum majlis pelancaran ialah, Gotong Royong membersihkan kawasan Taman Permainan dan kawasan taman perumahan Saujana Kinabalu.
T A M A T

Lagi warga emas menerima sumbangan berupa barangan dapur disampaikan Benedict disaksikan yang lain.
Salah seorang warga emas menerima sumbangan disampaikan Benedict diperhatikan Mohd. Fadzil.
Para ahli KRT dan SRS merakam gambar bersama Benedict (tengah) dan tetamu yang lain.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN