Antara peserta program merakam gambar bersama Jawstankuasa penganjur selepas menerima Sijil Kehadiran masing-masing.
RANAU: Seramai 50 orang penduduk menyertai program Kesedaran dan Pendidikan Pengguna 2022 peringkat Parlimen P.179 Ranau, di Dewan Sitimulah Kg.Bahab di sini baru-baru ini.
Pelbagai tajuk ceramah sepanjang program sehari dan julungkali diadakan itu termasuklah, Pengurusan Kewangan Berhema, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 KPDNHEP oleh, James Bagah disusuli Hak-Hak Pengguna dan Anti Polistren oleh Stanly Voo dan Wasinin Duari.
Program itu yang bertemakan ‘Pengguna Bijak, Pengguna Perkasa’ mampu memberi banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu berhubung peranan pengguna agar bijak dalam pelbagai hal serta aspek kepenggunaan kepada para peserta.
Wasinin yang juga Pengerusi Jawarankuasa penyelaras program itu ketika ditemui, mengharapkan kepada peserta supaya memanfaatkan program yang diadakan itu seterusnya menyebar-luaskan pengetahuan yang di peroleh kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menghadirinya.
“Kita mengharapkan kepada yang ada menghadiri pada kali ini supaya berkonsi pengetahuan kepada rakan-rakan yang tidak sempat hadir hari ini”, jelas Wasinin.
            Â