26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PROGRAM IMUNISASI VAKSIN DOS KEDUA DI PUSAT VAKSINASI KLINIK LOHAN BERJALAN LANCAR

Sebahagian petugas dan mereka yang menerima suntikan kedua di Klinik Kesihatan Lohan sebagaiĀ  benteng diri daripada jangkitan Covid-19.

RANAU:  Program Imunisasi Vaksin Suntikan Kedua melibatkan 306 penerima vaksin jenis Pfizer di Pusat Klinik Lohan di sini berjalan lancar dan teratur serta mematuhi SOP yang ditetapkan.

Pegawai Perubatan Ranau selaku penyelas program itu, Dr.Jewel Bollah, ketika di temui memberitahu,  pevaksinan kepada mereka yang terlibat adalah mematuhi arahan yang dikuat-kuasakan terutama mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup separuh muka  dan diwajibkan membasuh tangan dengan sabun (sanitizer) serta mengimbas suhu sebelum di benarkan masuk ke pusat Vaksinasi.

“Kita mohon kepada mereka yang belum menerima vaksin (suntikan pertama) supaya segera mendaftar sama ada menerusi Mysejahtera atau secara minual supaya tidak tercicir untuk menerima vaksinasi bagi mengekang penularan Covid-19 yang kini masih menjadi wabak seluruh dunia”, tambah Dr.Jewel.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN