ADVERTISEMENTspot_img

Program Hari Natal, Tahun Baharu Satukan Staf Hospital, Pesakit dan Komuniti Ranau

Dr.Roniyuzam menyampaikan cenderakenangan kepada Benedict (kiri).

RANAU: Program majlis Hari Natal 2025 dan Sambutan Tahun Baharu 2026 anjuran Staff Hospital daerah Ranau mampu memupuk ikatan silaturrahim, perpaduan dan persaudaraan dikalangan staff hospital, para pesakit dan penduduk setempat.

Majlis yang diadakan secara sedarhana tapi  meriah itu, telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, tuan Benedict  Gunda telah diserikan dengan  pelbagai persembahan staff hospital itu juga mampu memupuk keharmonian dikalangan staff tanpa membezakan dari segi kaum dan agama.

Benedict dalam ucpannya, mewakili Ahli Parlimen  Ranau, Datuk Jonathan Yasin memuji  staff hospital Ranau kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut sebagai acara tahunan bagi memberi motivasi para pesakit agar tabah menghadapi cabaran ”Kurang Sihat” khususnya yang  masih menerima rawatan doktor di Wad Hospital.

KENANGAN…Para jemputan sempat merakam gambar bersama Benedict (enam dari kiri) dan Dr.Roniyuzam (tujuh dari kanan).

“Majlis seperti ini juga  dapat mengurangkan  stress sekaligus memotivasikan para staff agar lebih berusaha meningkatkan prestasi kerjaya masing-masing ke arah lebih cemerlang pada masa akan datang”, jelas Benedict.

Menurutnya lagi Krismas bukan sahaja membawa mesej kasih sayang, pengharapan dan keprihatinan terhadap sesama manusia, malah memberi semangat sesuai dengan profesion perkhidmatan kesihatan dan spiritual, membawa harapan, simbol kebajikan dengan lebih berkesan, yakin dan membawa azam lebih bersemangat.

“Sehubungan dengan itu, saya amat menghargai usaha pihak hospital bukan sahaja menjaga aspek rawatan dan kesihatan, tetapi juga mengambil berat terhadap kesejahteraan emosi serta spiritual warga hospital termasuk para pesakit yang diraikan pada hari ini”, tambah Benedict.

Turut hadir dan  berucap ialah Pengarah Hospital Ranau selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur majis itu, Dr.Roniyuzam Bin Ab.Malek dan dihadiri ratusan warga hospital Ranau serta para jemputan turut diserikan dengan persembahan daripada 3KR.

                

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN