33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program gotong-royong satu amalan turun temurun, patut diteruskan generasi kini sebagai aktiviti tahunan: Robert

Robert semasa berucap melancarkan gotong-royong itu.

KENINGAUļ¼šProgram gotong-royong adalah satu amalan turun temurun sejak dari nenek-moyang lagi.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, program seumpama ini patut diteruskan oleh generasi kini sebagai satu aktiviti tahunan.

Katanya, program ini boleh merapatkan silaturahim dan persahabatan serta dapat memberi ruang kepada masyarakat bersua muka dan bertukar-tukar fikiran selain meringankan sesuatu kerja.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ļ¼ˆADUNļ¼‰Bingkor berkata demikian semasa berucap melancarkan 

program gotong-royong Perdana Pekan Bingkor anjuuran Wiranita STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor kelmarin.

Seramai  lebih kurang 250 orang menyertai gotong-royong itu yang mewakili jabatan dan agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Keningau, Jabatan Kerja Raya, Bomba dan Penyelamat Dearah Keningau, Jabatan air Pertubuhan Peladang, Mahkmah Anak Negeri Bingkor, RELA, Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung  ( JPKK), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor, Pejabat ADUN Bingkor dan badan-badan NGO di kawasan ini.

Robert turut sama pada gotong-royong itup menyarankan masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran masing-masing.

ā€œKebersihan dan keindahan sesuatu kawasan adalah tanggungjawab kita bersama dari segi penjagaan dan juga membersihkan kawasanā€ katanya.

Pada masa sama beliau mengucapkan Tahniah kepada Wiranita STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor yang mengambil inisiatif menganjurkan program tersebut yang memberi menafaat kepada masyarakat selain menjaga kebersihan alam sekitar. 

Beliau juga berpuas hati dengan cara penganjuran program tersebut yang melaksanakannya dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM. 

Selain itu beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Jabatan khususnya Ketua-Ketua Jabatan dan NGO yang telah menghantar peserta pada gotong-royong tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN