30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PROGRAM GERAKAN MASSA ANTARA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH RANAU

RANAU: Program Gerakan Massa akan diadakan pada 7 Julai ini bersempena Sambutan Hari Guru 2022 peringkat Daerah Ranau bertempat di Dewan Masyarakat Ranau.

Ketika dihubungi media, Timbalan Pengerusi 1, Suhilin Hadi (Tim. PPD SPS) berkata, Gerakan Massa merupakan satu program yang telah mula diadakan sejak 2018 yang dianjurkan bersama oleh Persatuan ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.

Katanya, PIBG bergerak melalui Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti yang dipanggil PIBK. Pelbagai aktiviti yang telah dicadangkan untuk program Gerakan Massa, antaranya kad hari guru, debat, dan video ucapan hari guru.

Tiga objektif program iaitu bagi mengenang jasa bakti dan pengorbanan para guru dalam mencurahkan ilmu dan kesungguhan memberi tunjuk ajar mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara, membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan dan memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkaitan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya.

Untuk menjayakan program ini, Setiap PIBG dari semua Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah akan menyediakan  rakaman video klip berdurasi 30 saat yang mengandungi ucapan “Terima Kasih Cikgu” daripada ibu bapa kepada guru-guru. Video ini akan ditayangkan semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Ranau. Semua PIBG juga akan menyediakan gegantung ucapan ‘Terima Kasih Cikgu’ yang akan dipamerkan semasa sambutan hari guru.

Terdapat beberapa aktiviti melibatkan Program Gerakan Massa dilaksanakan bersama-sama dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Ranau pada 7 Julai 2022. Antaranya adalah senamrobik, Forum Pendidikan, penayangan video dan banner, penyampaian anugerah Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan serta  Kek Terima Kasih Cikgu dari Permuafakatan PIBG Daerah Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN