26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Professional Learning Community  tingkatkan profesionalisme keguruan dan mengutamakan pencapaian murid. 

Haji Yazid menerima cenderakenangan daripada Guru Besar SK Bingkor Puan Madalina @ Mary Binti Juanis.

KENINGAU:Professional Learning Community (PLC) atau dikenali sebagai Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan satu program pembelajaran professional secara berkumpulan yang akan meningkatkan profesionalisme keguruan dan mengutamakan pencapaian murid. 

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, pemantapan PLC di sekolah sudah tentu akan memantapkan lagi kemahiran guru dalam mentaksir murid dan pastinya tahap pencapaian murid dalam PBD akan terus meningkat dan cemerlang.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata demikian dalam ucapan perasmian Penangguhan Program Pemantapan Dan Pembudayaan Professional Learning Community Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK)Bingkor pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh

Ahli Jawatankuasa Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor merangkap Ketua Biro Agama Islam DUN N40 Bingkor Hj Yazid Hj.Mohd Hasnan Tawik @Charles.

Program ini merupakan salah satu program perantisan 2 kelayakan NPQEL yang dipilih oleh Puan Dang Norintan @ Zuraidah Matshah bagi melengkapkan kursus untuk menjadi Guru Besar dan semoga Puan Dang Norintan @ Zuraidah Matshah akan terus berjaya dalam bidang pendidikan ini.

Robert berharap pelaksanaan Program PLC di SK. Bingkor ini akan menjadi budaya dan amalan berterusan justeru mengutamakan kemenjadian murid.

Beliau juga percaya dan yakin, program ini pastinya memberikan impak positif kepada murid, kumpulan guru dan juga warga sekolah secara amnya dan mendoakan kepada semua murid, guru dan warga sekolah agar terus sukses dan cemerlang.

Haji Yazid (duduk tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama guru-guru SK Bingkor.

“Kita mahukan lebih ramai produk berkualiti lahir daripada sekolah ini dan dapat mengharumkan serta menaikkan nama sekolah seiring dengan sekolah-sekolah yang sudah bertapak di puncak kecemerlangan” katanya.

Pada masa sama wakil rakyat Bingkor itu berharap lebih banyak program sekolah yang akan dilaksanakan daripada Unit Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid untuk menonjolkan bakat murid dalam apa juga bidang bagi melahirkan murid yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Hadir sama Guru Besar SK Bingkor, merangkap Penasihat Program Puan Madalina @ Mary Binti Juanis @ Joannes, Penolong Kanan Pentadbiran, merangkap Pengerusi Program Puan Dang Norintan @ Zuraidah Matshah, Yang Dipertua PIBG Sk.Bingkor Fabian Saverinus, Pegawai SISC+ Bahasa Puan Saleha Binti Mersin @ Wainon, Pegawai SISC+ Sains dan Matematik Aron Abel Marcus, 

Sementara itu barisan Fasilitator program terdiri dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Harry Pakang, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Juinah @ Inah Unggi dan Penolong Kanan Petang Puan Jelika Ribus.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN