KOTA KINABALU: Pengasas Ekonomi Biru, ProfessorDr. Gunter Pauli akan menghadiri Persidangan SIBEC 2024 yang akan berlangsung mulai 19 hingga 20 Oktober ini.Menurut Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Datuk Rosmadi Datu Sulai,
Dr. Gunter yang juga digelar sebagai Guru Ekonomi Biru akan turut berkongsi ilmu berkaitan konsep dan pelaksanaan ekonomi tersebut.”Untuk makluman, Guru Ekonomi Biru, Dr. Gunter akan hadir pada persidangan nanti, beliau
akan turut membahagikan beberapa idea dan panduan dalam pelaksanaan Ekonomi Biru sebagai panduan kepada para pemain industri kita.
“Selain itu, terdapat beberapa lagi ambassador atau duta dari luar negara antaranya dari UAE, Germany, Norway dan Maldives turut sama dalam persidangan itu.
“Mereka akan berkongsi pelbagai topik, pengalaman dan komitmen dengan kita tentang bagaimana kita boleh bersama-sama meneroka, membangunkan lalu memajukan bidang ekonomi biru ini,” katanya ketika ditemui media dalam ProgramTemubual Promosi Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) 2024 di Menara Kinabalu, pada Khamis.Dalam rakaman temu bual sejam itu, Rosmadi turut menekankan fokus utama persidangan SIBEC adalah untuk meneroka dan menjadikan konsep Ekonomi Biru sebagai industri besar di Sabah.
“Fokus utama kita untuk mendapatkan ilmu baru melalui penerokaan ekonomi biru yang ada di sabah memandangkan negeri ini mempunyai sumber yang besar.
“Memandangkan kita masih kurang pengetahuan tersebut, belum cukup teknologi maka kita himpunkan pakar-pakar di seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman bagaimana mereka boleh menjadi industri yang besar dalam bidang ini.
“Justeru, kepada pemain industri, ini merupakan peluang untuk mendapatkan ilmu dan panduan dalam memajukan industri ekonomi biru di negeri kita,” ujar beliau.
Persidangan SIBEC 2024 yang berlangsung selama dua hari akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). – Penerangan-