Mereka terpanggil untuk menghulurkan sedikit makanan bagi golongan gelendangan yang terdiri dari kalangan warga emas tempatan dari kampung berdekatan sekitar daerah ini.
DALAM kesibukan menjalankan tugas menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), golongan kurang bernasib baik turut diambil peduli oleh para petugas dikalangan Pegawai Kanan dan Anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) demi mempastikan kelangsungan hidup mereka terjamin.
Pihak media berkesempatan merakamkan gambar beberapa orang Pegawai Kanan dan Anggota polis disekitar Pekan Ranau yang menjalankan tugas rondaan penguatkuasaan PKP dan mengagihkan makanan dan minuman kepada golongan gelendangan yang terbiar di sekitar kawasan Pekan Ranau.

Ketua Cawangan Khas Daerah Ranau ASP Helvin B Ribus, bersama Pegawai dan anggotanya ketika ditemui pemberita menyatakan, mereka menjalankan amanah untuk semua golongan bukan sahaja untuk kesihatan seluruh masyarakat daerah Ranau, bahkan juga kepada golongan kurang bernasib baik seumpama itu.
Justeru, mereka terpanggil untuk menghulurkan sedikit makanan bagi golongan gelendangan yang terdiri dari kalangan warga emas tempatan dari kampung berdekatan sekitar daerah ini.

Dalam tempoh penguatkuasaan PKP ini golongan gelendangan dan individu kurang siuman yang sering bekeliaran disekitar Pekan Ranau turut dilihat terjejas terutama sekali soal mendapatkan bekalan makanan.
Jika sebelum ini para peniaga kedai dan restoran sering menghulurkan mereka bekalan makanan harian, penutupan permis kedai dan restoran menyukarkan sedikit mereka mendapatkan makanan harian.

Salah seorang gelandangan yang ditemui dan diberi sumbangan ialah Aromin Said Bin Induk, 83 yang bersal dari Kg Kiwakau Karagasan, Ulu Sugut Ranau yang menetap di stesen bas depan gereja SPCR.
Salah seorang lagi gelandangan yang ditemui oleh ASP Helvin dan rakan-rakannya ialah Momen Bin Jungkas, 72 beralamat di Kg Kilimu Ranau yang menetap di bawah tangga bangunan kedai baru bersebelahan 88 Minimart Ranau. -TAMAT-
