24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PPV Ranau merekodkan 69.64% menerima suntikan dos pertama, 53.04% lengkap dua dos.

RANAU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) daerah ini di Dewan Masyarakat Ranau setakat 1 September,  telah merekodkan seramai 54,459 (69.64 peratus) penduduk telah menerima suntikan dos pertama  dan 414,759 (53.04) peratus telah lengkap suntikan dua dos.

Jabatan Kesihatan Ranau mensasarkan seramai 78,200 orang berumur 18 tahun dan ke atas  untuk divaksinasi tahun ini, bagaimanapun jumlah sasaran agak lambat tercapai memandangkan lokasi tempat tinggal penduduk yang menghadapi masalah kemudahan perhubungan dan liputan internet menyebabkan mereka lewat mendapat jadual yang sepatutnya.

Dr.Edwaider (kanan) bertanyakan sesuatu kepada  salah seorang bakal menerima suntikan.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah selaku Ketua Penyelaras PPV dewan masyarakat Ranau, Dr.Edwaider Koimon ketika ditemui, memberitahu jumlah itu menunjukkan satu peningkatan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan dan keperluan menyertai program  imunisasi untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Kita menyeru dan mengharapkan kepada seluruh rakyat Ranau berumur 18 tahun dan keatas yang belum menerima suntikan vaksin sama ada jenis Pfizer atau Sinovac agar tampil untuk divaksnisasi sebagai benteng atau perisai diri sendiri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19 yang kini belum berakhir”, jelas Dr.Edwaider.

Hari ini (2 Sept) seramai 797 orang lagi penduduk tempatan dan warga asing hadir menerima suntikan dos kedua jenis Pfizer (397 orang) dan selebihnya menerima suntikan  dos pertama.

“Kepada mereka yang belum mendaftar melalui aplikasi Mysejahtera boleh datang mendaftar untuk menentukan  jadual atau tarikh untuk divaksinasi”, tambah Dr.Edwaider.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN