26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PPV pandu lalu di UMSKAL beroperasi dengan lancar

Dr Ismoni (empat  dari kanan) bersama Dr Jualang (tiga dari kiri), Rithuan (dua kiri), Mohd Hafiez (kiri sekali), Supt. Ahmad (tiga kanan), Mohd Zaki (dua kanan) dan Supian (kanan sekali)

LABUAN : Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu (Drive Thru) di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang  mula beroperasi hari ini  berjalan dengan lancar.

 Pengarah UMSKAL Profesor Dr Jualang Azlan Gansau berkata, operasi PPV secara pandu lalu itu akan dilaksanakan sehingga tamat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Labuan namun bergantung kepada arahan semasa.

“PPV ini akan dijalankan di sekitar perkarangan UMSKAL dan ia merupakan hasil kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Jawatankuasa Bencana Labuan dan UMSKAL sendiri.

 “Seramai 20 petugas kesihatan termasuk dua Jururawat Klinik Rawatan Warga Kampus Antarabangsa Labuan selain beberapa lagi sukarelawan MyVac dan sukarelawan   Prihatin Wilayah (Privo)  akan membantu menjayakan PPV secara pandu lalu ini,” katanya ketika menyaksikan pelancaran PPV secara pandu lalu di Perkarangan UMSKAL, pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Rithuan Ismail, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ismuni Bohari, Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Labuan, Mohd Hafiez Daud, Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Ahmad Jawila dan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Mohd Zaki Ab Hamid.

Turut sama meninjau pusat itu ialah Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa  dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Labuan (MPP), Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.  

Dr. Jualang berkata, PPV secara pandu lalu ini hanya melibatkan pemberian vaksin dos kedua bagi membantu mengurangkan kesesakan di PPV awam yang lain dengan kapasiti pemberian sebanyak 800 hingga 1,000 orang sehari.

 “Dua orang Jururawat dari Klinik Rawatan Warga Kampus Antarabangsa Labuan akan bertugas sebagai ‘vaccinator’ selain seorang doktor dan seorang pembantu pegawai perubatan turut membantu secara berkala,” katanya.

Pra-pelancaran PPV secara pandu lalu itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan Dr Ismuni Bohari.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN