PPV Dewan Masyarakat  Ranau catat 773 penerima suntikan vaksin untuk 4 September

Home Tempatan PPV Dewan Masyarakat  Ranau catat 773 penerima suntikan vaksin untuk 4 September
PPV Dewan Masyarakat  Ranau catat 773 penerima suntikan vaksin untuk 4 September

Sebahagian orang ramai yang menunggu giliran untuk suntikan.

RANAU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat  Ranau hari ini (4 September) mencatatkan seramai 773 orang lagi penduduk untuk menerima suntikan dos 1 dan yang lainnya dos 2 untuk memutuskan rantaian  Covid-19.

Tinjauan penulis mendapati orang ramai hadir  di PPV itu seawal  5.00 pagi  melibatkan 573 penduduk di mana 200 orang  adalah penerima suntikan dos satu dan 373 penerima dos kedua, sementara 100 orang peserta program  ‘Walk-In’  memiliki Kad Pengenalan dan 100 orang lagi adalah warga asing yang tiada  memiliki dokumen seperti  paspot, pas kerja dan Kad Pengenalan.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah, selaku Ketua Penyelaras PPV tersebut, Dr.Edwaider Koimon ketika di temui mengharapkan kepada penduduk daerah Ranau dan kawasan Kundasang yang sudah mengetahui jadual untuk di vaksin supaya datang ke PPV menerima suntikan.

“Orang ramai tidak  perlu risau mengenai keselamatan penggunaan vaksin sama ada Sinovac, Pfizer atau Cansino sebab sudah mendapat kelulusan dan pengiktrafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)”, jelas Dr.Edwaider.