Faimin (kanan) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang ahli PPK yang terjejas banjirsambil diperhatikan Erwan (kanan)dan yang lain
RANAU: ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’ adalah peribahasa yang mendorong Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kinabalu, di sini tampil menyantuni ahli-ahlinya yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.
Aktiviti menyantuni ahli dan keluarga mangsa banjir itu disusuli dengan penyampaian bantuan berupa ‘bakul makanan’ kepada 200 keluarga dari tujuh Unit Peladang, PPK Kinabalu.
TERIMA BANTUAN…Salah seorang lagi ahli PPK Kinabalu yang menerima bakul makanan disampaikan Faimin.
Tujuh unit peladang yang terkesan banjir pada 4 Januari lalu adalah Kg.Tudangan, Kg. Libang, Kg.Kinapulidan, Kg.Kinasaraban, Kg.Lembah Permai dan Kg.Mohimboyon.
Misi pengagihan bantuan diketuai sendiri Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK Kinabalu, Datuk Haji Faimin Kamin.
Faimin (tengah) bersama sebahagian staf PPK Kinabalu yang terlibat dalam misi menghantar bantuan bakul makanan
Faimin ketika dihubungi media berkata, selain PPK Kinabalu, ADUN Lantikan, Datuk Amisah Yassin, yang juga salah seorang AJP, PPK Kinabalu, turut menyumbang dalam membantu meringankan beban ahli-ahli yang terjejas dalam bencana itu.
Turut sama dalam misi itu ialah ketua-ketua Unit Peladang, Pengurus Besar PPK Kinabalu, Muhammad Irwan Maruji dan anggota PPK.