24 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PPDK, PPKI Terima Sumbangan Mutiara GRS

KENANGAN…Juliah (depan, tengah) bergambar kenangan selepas program Ziarah Amal Mutiara GRS.5.

RANAU : Satu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan tiga Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerima sumbangan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara GRS).

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Mutiara GRS, Datin Seri Panglima Juliah Salag dalam Ziarah Amal Mutiara GRS ke PPDK Ranau di sini, pada Selasa.


Menurut Juliah, sumbangan itu adalah sebagai tanda prihatin dan sokongan Mutiara GRS kepada golongan kurang upaya.


Beliau berharap agar sumbangan tersebut akan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban institusi-institusi yang terlibat.Antara penerima sumbangan ialah PPDK Ranau, PPKI SMK Bundu Tuhan, PPKI SMK Kundasang, PPKI SMK Mat Salleh serta Rumah Putera Harapan Ranau.

Hadir sama, Naib Yang Dipertua II Mutiara GRS Datin Seri Panglima Linda Ewit, Naib Yang Dipertua III Mutiara GRS Datin Dg. Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi, Pegawai Daerah Tinus Manggam dan Pengerusi PPDK Jabay@ Jaibie Surugau.

Turut diadakan, lawatan sambil belajar Mutiara GRS ke Ladang Tenusu Desa Cattle./Penerangan


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN