26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PPBM Pitas siap siaga hadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah

Syukry@Saiwon

PITAS: Para pemilih (pengundi) di daerah ini, disaran agar lebih bersedia bertindak bijak menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.

Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pandan Mandamai Pitas, Sukry@Saiwon Bin Inggis 54, berkata, sokongan dan penerimaan rakyat terhadap PPBM Bersatu Bahagian N.2 Bengkoka Pitas, sudah mantap dan bersiap-siaga menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih pada PRN akan datang.

Menurutnya, PDM Pandan Mandamai kini dianggarkan lebih seribu pemilih termasuk senarai pengundi dalam daftar baharu.

“Meskipun parti Bersatu Malaysia (BERSATU) baru bertapak di N.2 Bengkoka pada tahun 2019, namun sambutan dan penerimaan penduduk khususnya di Kg. Pandan Mendamai kini mencecah lebih seribu penyokong calon parti Bersatu walau sesiapapun yang bakal diketengahkan”, jelas Syukry.

Dalam hal yang lain, beliau mewakili penduduk daerah Pitas merakam penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Bakri yang juga Ahli Parlimen (P.167) Kudat, kerana inisiatif dan usahanya mewujudkan kemudahan Mesin ATM BSN dan Bank Rakyat yang sudah beroperasi sejak awal Ogos ini.

“Dengan kemudahan itu penduduk tidak lagi perlu ke pekan Kota Marudu untuk urusan Kewangan mereka”, jelas Sukry.
T A M A T

  1. Syukry@Saiwon Inggis.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN