26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pondok Tqhfiz Bidayahtul Hidayah Kundasang musnah dalam kebakaran

TERBAKAR….Pondok Tahfiz Bidayahtul Hidayah, Kg Kundasang Lama


RANAU: Sebuah Pondok Tahfiz musnah dalam kebakaran pada petang Selasa namun tidak melibatkan kehilangan nyawa dan sebarang kecederaan kepada penghuninya.


Ketua Balai BBP Ranau PPgB Ridwan Bin Mohd Taib memberitahu kejadian berlaku di Sekolah Pondok Tahfiz Bidayahtul Hidayah, Kg Kundasang Lama, Ranau pada kira-kira jam 4 petang.


“Panggilan diterima melalui MERS999 pada jam 4.27 petang lalu sekumpulan anggota Bomba seramai 11 orang diketuai oleh Komander Operasi, PBKII Becket Gumat digegaskan ke lokasi.


“Setiba ditempat kejadian yang terletak 18 kilometer dari balai itu, kita mendapati berlaku satu kebakaran melibatkan sebuah surau milik Sekolah Pondok Tahfiz Bidayahtul Hidayah jenis separuh kekal dengan keluasan 30x50kaki telah terbakar 80%.


“Operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 200kaki 2 pancutan sumber air dari jentera bomba. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya.


Menurut Ridwan, tiada mangsa terlibat dilaporkan, dan operasi terkawal pada jam 5.30 petang sebelum ditamatkan pada jam 7.27 petang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN