27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Polis tutup semua laluan ke lokaliti Saguking

KAWAL…. dua anggota polis ketika mengawal pergerakan orang awam dan penduduk di lokaliti Saguking yang dikenakan PKPD bermula kelmarin

LABUAN: Polis di sini menutup semua pintu masuk termasuk laluan jalan jalan kecil di semua kawasan lokaliti Saguking berkuat kuasa awal pagi Rabu.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, penutupan secara menyeluruh itu berikutan kawasan berkenaan di kenakan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) berikutan peningkatan kes positif Kluster Saguking yang merekodkan 32 kes sebelum ini.

Katanya, PDRM dengan bantuan Angkatan Tentera telah memasang kawat berduri bagi menutup semua laluan termasuk jalan jalan kecil bagi menghalang orang awam masuk dan penduduk di lokaliti itu keluar.

PEGAWAI perubatan memasuki pos kawalan untuk meneruskan pemeriksaaan dan saringan kesihatan di kawasan lokaliti Saguking.

Farid berkata, seramai 40 anggota Polis termasuk anggota Tentera dan Rela telah ditempatkan di tiga pos kawalan di lokaliti Saguking yang beroperasi 24 jam sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.

“PDRM bersama agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan juga RELA telah pun memperketatkan kawalan di lokaliti Saguking bagi pergerakan keluar dan masuk…. Tidak ada orang yang berada di dalam lokaliti ini dibenarkan keluar dan orang yang diluar juga tidak dibenarkan masuk bagi mengelakkan penularan COVID 19” katanya dalam satu sidang akhbar selepas meninjau salah satu daripada tiga pos kawalan di lokaliti Saguking, pagi ini.

Selain itu katanya, pihaknya juga bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Imigresen akan bekerjasama dalam membantu mengenal pasti penduduk bukan negara yang tinggal di lokaliti berkenaan.

“PDRM bersama Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Imigresen sedang merancang bagaimana untuk mengambil tindakan lanjut terhadap bukan warganegara dalam lokaliti ini termasuk 32 positif COVID-19 yang didapati tidak mempunyai sebarang dokumen” katanya.

Sementara itu, beliau juga menasihatkan masyarakat di lokaliti berkenaan supaya tidak panik dengan Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) kerana pihak berkuasa terutama Jabatan Kesihatan telahpun mengambil langkah pencegahan dan membuat saringan bagi membendung penularan wabak COVIOD 19 yang telahpun wujud dalam lokaliliti berkenaan.

Menurut Farid, kawasan lokaliti yang di kenakan PKPB berkeluasan (parameter) kira-kira 1.83 kilometer melibatkan 1,000 buah rumah dengan kepadatan penduduk 8,064 orang yang terdiri daripada bukan warga negara (PATI), pemeggang IMM13 dan juga sebahagian kecil pendududk tempatan.
TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN