27 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Polis tahan wanita disyaki terlibat pengedaran dadah

Gambar: DITAHAN… suspek ketika ditahan anggota polis di tepi jalan kawasan Kampung Sungai Bedaun pada, Jumaat.

LABUAN: Polis di sini menahan seorang wanita tempatan berumur 22 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. dalam satu Ops Tapis, pada  Jumaat.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Ahmad Jawila berkata, suspek ditahan kira-kira jam 3.20 petang  dalam Ops Tapis di tepi jalan kawasan Kampung Sungai Bedaun.

“Hasil pemeriksaan  keatas suspek telah  menjumpai satu  bekas  mengandungi 11 keratan penyedut minuman  yang berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu yang dikeluarkan sendiri dari  poket bahagian kanan seluar yang dipakai suspek.

“Anggaran berat dadah yang ditemukan itu dianggarkan lebih kurang 5.62 gram dengan nilai pasaran  semasa  dianggarkan RM500” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Menurut beliau, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan di tahan reman selama 4 hari  bagi membantu siasatan.

“ Jika sabit kesalahan suspek boleh  dihukum dibawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 iaitu penjara  tidak kurang dari 2 tahun dan tidak lebih 5 tahun serta  sebatan  yang tidak melebihi 9 sebatan.  

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN