ADVERTISEMENTspot_img

Polis siasat suami cederakan isteri dan anak hingga parah

DSP Robin@ Ridzuan

LABUAN: Polis di sini sedang melakukan siasatan keganasan rumah tangga melibatkan suami menyebabkan cedera parah terhadap isteri dan anak lelaki berumur 10 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan DSP Robin @ Ridzuan Ismail berkata, kejadian berlaku pada 7 Ogos lalu kira kira jam 1.25 pagi di kediamannya di Kampung Tanjung Aru.

Beliau berkata suspek warganegara India, 34 tahun yang juga suami kepada mangsa telah bertindak agresif selepas berlaku pentengkaran, lalu memukul mangsa menggunakan botol minuman keras.

“Akibat kejadian itu mangsa yang juga isteri suspek mengalami kecederaan parah di bahagian hidung, mulut, pipi dan kaki, manakala anak lelaki suspek berumur 10 tahun turut mengalami cedera parah koyakan serius di bahagian pipi.

” Kedua dua mangsa kini di rawat di hospital Labuan “, katanya dalam satu kenyataan disini, kelmarin.

Bertindak atas maklumat sepasukan anggota polis telah membuat tangkapan terhadap suspek kira kira jam 8 malam pada hari yang sama.

Robin berkata, suspek kini telah ditahan reman sehingga 13 Ogos ini untuk siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Dalam pada itu Robin menegaskan, pihaknya memandang serius sebarang bentuk keganasan rumah tangga dan tidak akan berkompromi terhadap pelakuan jenayah yang melibatkan penderaan fizikal ke atas golongan wanita dan kanak kanak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN