24.4 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Penampang tumpaskan ‘Kumpulan Awen’, lapan suspek ditahan

Suspek menunjukan motor yang dpercayai dicuri kumpulan itu

PENAMPANG: Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi motosikal dikenali sebagai Kumpulan Awen selepas menahan lapan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah itu di sekitar Penampang, Putatan dan Kota Marudu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, tangkapan pertama dilakukan pada 18 Ogos lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar membabitkan lima lelaki, termasuk ketua kumpulan berusia 22 tahun.

“Hasil siasatan terhadap lima suspek terbabit membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki yang bertindak sebagai pembeli motosikal curi di daerah Kota Marudu

“Polis turut merampas enam motosikal di beberapa lokasi berasingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kejayaan itu sekaligus menyelesaikan enam kes curi motosikal yang dilaporkan di daerah Penampang dan Kota Kinabalu.

Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 42 tahun, merupakan warga tempatan, dan ujian saringan awal mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis syabu.

Siasatan mendapati ketua kumpulan terbabit memiliki 12 rekod lampau berkaitan kes curi motosikal dan dadah, manakala lima lagi ahli kumpulan turut mempunyai rekod jenayah sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Antara rampasan polis termasuk dua buah motosikal Yamaha Y15Z dan tiga buah motosikal Yamaha 135LC.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN