27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 9, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Jadikan aktiviti sukan sebagai jambatan kukuhkan perpaduan

SAMPAIKAN HADIAH… Harun (kiri) menyampaikan hadiah wang tunai kepada salah satu pasukan bola sepak yang berjaya.

OLEH: A.JALIL MADARIN

PITAS: Masyarakat berbilang kaum perlu menjadikan aktiviti sukan sebagai jambatan untuk mengukuh dan memantapkan perpaduan kaum.

Dalam hubungan ini apa juga aktiviti sukan termasuk karnival sukan wajar diberikan sokongan padu terhadap penganjurannya.

“Sukan merupakan aktiviti yang banyak manafaatnya selain untuk mengeratkan silaturahim dikalangan pemain, penyokong dan peminatnya ianya juga boleh mengharumkan nama diri dan keluarga serta daerah yang mereka wakili diperingkat yang lebih tinggi,” kata Datuk Harun Ismail.

“Hari ini kita berhimpun dalam satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk menyemarakan pelbagai acara sukan yang dipertandingkan bukan bertujuan mengejar hadiah kemenangan semata-mata tetapi saling kenal mengenali antara satu dengan yang lain agar PDM dan daerah Pitas ini terus di kenal pasti dan di kunjungi dari masa kesemasa oleh masyarakat luar,” tegas Timbalan Ketua Bahagian Parti Gegasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Pitas ini.

Antara acara sukan yang mencuri tumpuan masyarakat majmuk ialah bola sepak, sepak takraw, bola tampar, dan ping pong dimana hampir kesemua acara yang dianjurkan disertai bersama oleh golongan lelaki dan perempuan yang didatangkan dari pelbagai kampung dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telaga, Pitas.

BERSAMA TETAMU DAN PESERTA… Harun dan isteri merakamkan gambar kenangan bersama tetamu, jawatankuasa penganjur dan sebahagian para peserta kejohanan.

Berucap merasmikan Program Karnival Sukan di PDM ini, Harun berkata, apa sahaja jenis sukan memang banyak manafaatnya selain untuk kesihatan tubuh badan, karnival yang mengadakan pelbagai kategori ini juga boleh dijadikan sebagai daya tarikan pelancong dalam dan luar daerah ini.

Ujarnya, kejohanan sukan kali ini melibatkan Kampung Telaga, Pituru, kampung Liu, Malubang, Bongkol dan kampung Datong dengan penyertaan ratusan peserta menunjukkan bahawa acara sukan yang dianjurkan ini menarik minat kepada masyarakat umum dan secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturahim dan semangat setia kawan tanpa mengambil kira status mereka.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana dengan terlaksana dengan jayanya program karnival sukan kali ini adalah atas usaha dan kerjasama seluruh jawatankuasa penganjur.

“Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung yang diketuai oleh Pengerusinya Encik Yusrey Ibrahim, Ketua Kampung Telaga Nasir Dayoh, Pengerusi JKKK Telaga Jairini Gafar, Pengerusi JKKK Pituru Nuh bin Ahmad serta semua pemimpin komuniti setempat dan sekitarnya.

Harun yang juga Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) penganjuran Mini Karnival Sukan PDM Telaga sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2025 di Kampung Telaga Pitas dekat perlu diteruskan pada masa akan datang agar masyarakat terus memperingati kemerdekaan negara dan negeri ini.

Hadir sama isteri Harun Datin Hajah Siti Mariam Wong, Pegawai Khas Datuk Harun, Abdul Majit Tarip@Man, Pegawai Kemajuan Masyarakat Pitas Ariffin Matasin dan Krew DHI.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN