25.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan Tumpaskan Geng Curi Kabel

Supt.Mohd Hamizi menunjukan barang kes curi Kabel yang berjaya di rampas oleh pihak polis

LABUAN: Polis di sini berjaya memberkas 12 individu lelaki dari beberapa kumpulan penjenayah yang aktif dalam kes curi kabel sekitar Julai 2024 hingga awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Mohd Hamizi Halim, berkata pihaknya menerima 12 laporan berkaitan kehilangan dan kerosakan kabel di beberapa kawasan kampung dan bandar Labuan melibatkan dengan kerugian mencecah RM 88,290.00.

Beliau menjelaskan kes pertama melibatkan tangkapan tiga orang lelaki tempatan berumur antara 35 hingga 42 tahun pada Julai tahun lalu yang disyaki dari Kumpulan Geng Bel Isham bersama barang rampasan sebuah kenderaan, satu guni berisi kabel tembaga dan peralatan pecah rumah melibatkan kurugian bernilai RM28,000.

Dalam pada itu dua daripada suspek didapati positif dadah dan telah pun didakwa di Mahkamah Majestrit Labuan pada 15 Oktober 2024.Kedua dua suspek dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara.

“Manakala Kes kedua melibatkan tangkapan dua orang lelaki tempatan berumur antara 39 tahun Dan 53 tahun Dari kumpulan ahli Geng Sapau pada awal Disember lalu yang aktif dalam kes curi kabel di sekitar Kampung Tanjung Aru, Kampung Sungai Keling dan Kampung Rancha-Rancha.

Kedua dua suspek didapati positif dadah dan telah didakwa di Mahkamah Majestrit di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan di baca bersama Seksyen 44 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua dua suspek juga telah dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dari tarikh ditangkap serta denda RM2,200,’katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, Mohd Hamizi berkata pihak polis turut membuat tangkapan ke atas tiga lelaki tempatan dari ahli Geng Fitri berusia antara 20 hingga 35 tahun disyaki terlibat dengan kes curi dan khianat kabel milik Telekom Malaysia di sekitar Kampung Lubok Temiang yang mana mereka juga turut didapati positif dadah.

“Kes keempat dilaporkan pada 23 Januari lalu dengan tangkapan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan dua kes curi kabel bersama seorang suspek yang masih bebas,” katanya.

Dalam waktu yang sama dua orang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing dari Geng Arshad juga berjaya ditahan kerana terlibat dengan kes yang sama di sekitar kawasan Rancha-Rancha sejak Disember 2024.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN