27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan tidak terima laporan salah laku, khianat sepanjang  kempen PRU-15

TANGGUNGJAWAB… Ahmad menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat selepas membuang undi sebagai pengundi luar di dewan IPD Labuan.

LABUAN: Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Ahmad Jawila berkata, pihaknya tidak ada menerima sebarang laporan berkaitan salah laku proses berkempen yang dilakukan oleh parti  yang bertanding sepanjang berkempen pada PRU ke 15 di pulau ini.

Beliau juga mejelaskan  pihaknya tidak ada menerima  sebarang laporan  berkaitan perbuatan khianat oleh mana-mana pihak.

 “Berdasarkan pemantauan pasukan cantas yang ditugaskan untuk memantau kesemua ceramah yang berlangsung tidak ada dikesan mana-mana parti yang melontarkan isu isu sensitif, ini satu yang baik untuk landskap  politik di pulau ini” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melaksanakan tanggungjawab membuang undi pada proses undi awal di dewan IPD Labuan, pada Selasa.

Terdahulu sebelum intu beliau turut meninjau mengenai kawalan keselamatan dan kelancaran proses mengundi awal di dewan IPD Labuan.

Jelas beliau, terdapat dua pusat mengundi awal telah diwujudkan kan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  masing masing di SK Membedai (untuk anggota tentera) dan dewan IPD Labuan yang telah dikawal keselamatannya  sepenuhnya oleh pihak polis.

Dalam perkembangan yang sama, Ahmad menjelaskan jalan utama ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML) yang akan digunakan sebagai pusat pengiraan undi pada Sabtu ini (19 November) akan ditutup  kepada pengguna jalan raya bermula jam 6 petang hingga 10 malam bagi memudahkan pihak polis dan SPR melaksanakan tugas pengiraan undi dan pengumuman pemenang kerusi Parlimen  P166 Labuan.

 Beliau berkata, pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Layang-Layangan, Jalan Pancur Hitam serta Jalan Pohon Batu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN